Sunday, January 1, 2012

berkhatan (circumcision)

Berkhatan atau dalam bahasa english dipanggil circumcision adalah sejenis prosedur membuang lebihan kulit di bahagian hadapan kemaluan lelaki. Kaedah ini telah dilakukan sejak zaman Nabi Ibrahim lagi. ianya dilakukan bertujuan untuk mengekalkan kebersihan pada anggota kemaluan lelaki.

Bahagian kulit lebihan yang berada dibahagian hadapan kemaluan lelaki yang dipanggil ' prepuce' mempunyai banyak kelemahan . Ia akan menyebabkan sebahagian air kencing tertinggal di dalam  dan menyebabkan jangkitan kuman, selain dari itu ia juga boleh menyebabkan penyakit seperti phimosis atau dalam bahasa melayu ' buta ' , selain dari itu penyakit seperti Paraphimosis , Balanitis dan BalanaPhophitis juga disebabkan oleh prepuce . Tidak dapat dinafikan prepuce ini juga boleh menyebabkan kanser. walaupun tak banyak hanya kurang dari 5% tetapi jiga berlaku kesan boleh membawa maut. Selain dari itu dengan berkhatan dapat mengurangakan risiko jangkitan HIV/ AIDS.    

Zaman sekarang , berkhatan dilakukan kerana beberapa sebab :
1.0) kerana kebersihan
2.0) Kerana adat dan agama
3.0) kerana kosmetik ( untuk menjadi lebih cantik )
4.0) kerana meningkatkan daya seksual lelaki


Kaedah berkhatan dilakukan dengan pelbagai cara . Di Malaysia terdapat beberapa cara yang masih diguna pakai lagi .

1.0)Kaedah tradisional
Kaedah ini dilakukan oleh tok mudim  atau imam di kampung. zaman sekarang sudah tidak banyak lagi mereka yang menggunakan kaedah ini. Mereka melakukan dengan menggunakan pisau , gunting , kacip , pisau cukur dan berbagai lagi alat untuk memotong. Biasanya kanak - kanak yang hjendak disunatkan akan diberi air penenang dan didudukkan diatas batang pisang. Selepas di potong , dibalutnya dengan daun dan kain untuk mengelakan sakit dan bengkak.
Kaedah ini banyak memberi kesan yang tidak baik pada kemaluan juga komplikasi serta lambat baik .   

2.0) kaedah konvensional
 kaedah ini menggunakan gunting sebagai pemotong kulit dan jahitan untuk mematikan salur darah dan juga menjahit bahagian kulit yang dipotong . Kaedah ini dilakukan oleh doktor - doktor moden di klinik - klinik swasta dan juga boleh dilakukan oleh pembantu perubatan yang bertauliah. Kaedah ini kurang nya komlikasi yang teruk tetapi selalunya komplikasi pendarahan amat membimbangkan.

3.0) Kaedah clamp
Clamp mula diperkenalkan di Malaysia sekitar tahun 1980. Diperkenalkan pertama sekali oleh seorang doktor berbangsa india 'Tara Singh ' dan memberi nama TaraClamp . Alat ini menggunakan prinsip sepit dan potong. Kulit yang di sepit akan kurang salur darah disitu dan mudah untuk dipotong . selepas disepit , kulit tersebut akan dipotong menggunakan pisau. disebabkan banyak komplikasi yang berlaku alat Taraclamp telah di haramkan di Malaysia . Selepasa itu satu inovasi muncul yang dicipta oleh seorang doktor melayu muslim ( Dr. Ismail ) dengan  menggunakan prinsip 'screwing method' dipanggil sebagai Ismail clamp.
kaedah ini amat berkesan di sekitar johor bharu. Pada masa yang sama sebuah syarikat di sekitar kuala lumpur cuba untuk memperkenalkan kaedah sunat menggunakan alat yang baru di panggil SmartKlamp. Kaedah ini juga menjadi populat sehinnga kini. 

4.0) Kaedah Laser
Teknik ini masih baru lagi . Kaedah ini menggunkan alat yang dipanggil 'Diathermy' atau bahasa mudahnya ialah Laser. Sebagai pengetahuan am Diathermy ini mempunyai dua jenis iaitu monopolar dan bipolar. Monopolar tidak boleh digunakan untuk berkhatan . Monopolar biasanya digunakan semasa melakukan pembedahan yang besar. Hanya bipolar dibenarkan untuk berkhatan . Diathermy ini akan dugnakan semasa memotong dan pada masa yang sama ia akan mematikan darah. Oleh itu komplikasi pendarahan amat kurang dan dapat menjimatkan masa.  

No comments:

Post a Comment